Monday, February 6, 2012

Tahun Baru Azam Baru Kempen Baru

Alhamdulillah,

Tahun baru sudah menjelma,kami baru sahaja selesai menyertai Pertandingan Bintang Nasyid Mukmin Peringkat Negeri Melaka.Walaupun cuma mendapat saguhati,tetapi kami rasa amat berpuas hati.Kami yang sejak dulu lagi telah diajar untuk redha kerana sejarah kami yang bermula dari bawah.Negeri Melaka yang rasanya lebih 5 tahun didominasi oleh Kumpulan Nasyid Wardatuddinniah iaitu musuh tradisi kami ketika dipentas dan rakan seperjuangan kami didalam Alumni Soutuddiniah.

Wardatuddinniah pada tahun 2012 ini nampak gayanya telah menunjukkan taring mereka kerana memenangi Pertandingan Bintang Nasyid Mukmin Peringkat Negeri Melaka kelmarin.Jadi,kami akan mempertingkatkan lagi usaha kami untuk menjadi pesaing terhebat mereka.Bukan mudah untuk kami menjadi seperti batch tahun lepas,tetapi seperti kata guru kami "Fikri Aziz SixThirty".(Tidak Perlu Menjadi Seperti Kumpulan Lain,Tetapi Jadilah Sepertimana Yang Kami Mahu)

Tahun ini rasanya akan menjadi tahun yang sukar bagi kami kerana kami akan bermula dari bawah kembali.Tetapi dengan bantuan guru-guru kami.Insyaallah,kami mampu.Kami akan melangkah sepertimana Tentera Badar melangkah dalam peperangan psychology itu.

Insyaallah,Doakan kami semua.Soutul Azim 2012 akan menggegarkan pentas nasyid Melaka dan seterusnya Kebangsaan.Amin.




Sunday, June 26, 2011

Kumpulan-kumpulan yang akan berentap di peringkat kebangsaan


Gambar di atas adalah hasil kerja tangan jurulatih Soutul Azi, memaparkan nama-nama kumpulan yang akan ke peringkat kebangsaan di Maahad Muar 5-8 Julai ini. Senarai nama diperoleh dari channel youtube ferdowzruqman


PERLIS                        - Munawwir (SMKA Arau)
KEDAH                       - Khairan (SBPI Kubang Pasu)
PULAU PINANG        - Layyinul Harir (SMKA Al-Irshad)
PERAK                        - Sofwatunnur (SMKA Sultan Azlan Shah)
SELANGOR                - All For Ummah (SMAP Kajang)
KUALA LUMPUR       - Anugerah (SMKA Kuala Lumpur)
NEGERI SEMBILAN   - Irsyadus Sufi (SBPI Jempol)
MELAKA                     - Soutul Azim (SMKA Sultan Muhammad)
JOHOR                        - Izdan (SMKA Maahad Muar)
PAHANG                     - Shoutun Nashihah (SMK Bukit Rangin)
TERENGGANU           - Soutul Ittifaq (SMKA Nurul Ittifaq)
KELANTAN                - Soutunnaim (SMKA Naim Lilbanat)
SARAWAK                  - Soutul Falah (Daerah Miri)
SABAH                        - Shohibbul Zaman (SMK Kuhara, Tawau)
LABUAN                     - ?

 

Monday, June 6, 2011

Persediaan Di Peringkat Kebangsaan

Alhamdulillah,...Sekali lagi Soutul Azim dapat melangkah ke peringkat kebangsaan bagi Festival Nasyid Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia di SMK(A) MAAHAD MUAR,Muar,Johor Darul Takzim.Sekali lagi diucapkan ribuan terima kasih kepada pihak-pihak yang terlibat.Pada tahun ini,Soutul Azim tidak keseorangan lagi,tetapi kami dibantu oleh rivalry kami yang dahulunya menjadi musuh di pentas dan di luar,tetapi kini cuma menjadi rival di pentas dan sahabat di luar.Perkongsian jurulatih adalah antara sebab-sebab kami bergabung dengan Wardatuddiniah lalu membentuk Komuniti Alumni SoutudDiniah.Kembali kepada topik utama kita.Soutul Azim sedang bertungkus lumus dalam mempersiapkan diri mereka untuk ke kebangsaan nanti.Ada desas desus mengatakan yang Soutul Azim akan dibantu oleh Kumpulan Sixthirty serta semua Majlis Tertinggi SoutudDiniah.Alhamdulillah,jika benar khabar angin itu,.maka Soutul Azim akan mendapat ilmu yang baru dari pelbagai insan.Bak kata Jurulatih mereka,Idea seorang insan tidak dapat menyamai idea sepuluh insan.Jom kita berkenalan dengan Insan-Insan yang selama ini membantu dalam melatih Kumpulan Soutul Azim Generation.


Jurulatih Vokal,Percussion & Komposer


MUHAMMAD FIKRI BIN ABDOLL AZIZ
SOUTUL AZIM GENERATION 2009
BEKAS SOLO DAN JURULATIH 2010
SEKARANG BELAJAR DI 
PUSAT ASASI UINIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA


MANAGER SERTA PENGKAJI


MUHAMMAD HAFIZ ZULHISYAM
BEKAS  PELAJAR  SMKA  SULTAN MUHAMMAD
BERPINDAH KE SMAP KAJANG KETIKA TINGKATAN 4
TONGGAK  KEJAYAAN  SOUTUL AZIM BERMULA TAHUN 2008
SEKARANG BELAJAR DI MONASH UNIVERSITY



PENCIPTA LIRIK  & PENASIHAT KHAS


SHARIFAH NAWIRAH AL-QADRI
BEKAS WARDATUDDINIAH
NAZIR SOUTUDDINIAH
GURU DI SMK SERI TANJONG


JURULATIH  PERSEMBAHAN 


YASIR ATIQURAHMAN BIN MOHD NOOR
BEKAS SOLO 2010
SEKARANG SEDANG BERSEDIA UNTUK MENYAMBUNG PELAJARAN KE MAKTAB PERGURUAN




KUMPULAN SIXTHIRTY




SIXTHIRTY
SEMUA PELAJAR PUSAT ASASI UNIVERSITI ISLAM  ANTARABANGSA MALAYSIA
KUMPULAN DI BAWAH NAUNGAN  PANJI-PANJI BY HEART CLAN
SEMUA BELAJAR DENGAN GURU VOKAL MASING-MASING\
ANTARANYA:-
PITO'  IN-HEART
KHAIRUL IN-HEART
TAQI NICE
MAHER DEEN
DAN MEREKA SEMUA PERNAH JUGA BELAJAR CARA-CARA HARMONYZE BERSAMA          
JEBAT  RUFFEDGE




Harapan Soutul Azim kali ini adalah supaya mereka dapat mengharumkan nama Melaka di peringkat Kebangsaan.Selain itu,mereka juga ingin menyebarkan dakwah menerusi alunan nasyid yang indah ini.Diharapkan Soutul Azim akan berjaya dan cemerlang di persada nasyid Malaysia.Insyaallah.


Akhir kalam,kami sediakan beberapa link di bawah untuk anda semua kenali sahabat-sahabat seperjuangan kami..
jom Usha!!!


http://mawaragama.blogspot.com
dan
http://alumnisoutuddiniah.blogspot.com/







Friday, May 6, 2011

Melangkah ke Tahun 2011

Salam alaykum wa rahmatullah.

Blog kami kini sudah hampir kepada status 'tidak aktif'. Kami kini lebih kerap berinteraksi di laman Facebook. Sekiranya dahulu kami bergerak sendirian, kini kami berpindah ke laman Facebook seperti yang disebutkan tadi, yang merupakan laman yang dikongsi bersama dengan kumpulan Wardatuddiniah dari SMKA Sharifah Rodziah. Secaranya ringkasannya, laman tersebut boleh disifatkan sebagai sebuah komuniti peminat nasyid Soutul Azim dan Wardatuddiniah yang merupakan dua kumpulan ternama bagi nasyid sekolah di Melaka; secara langsungnya, rivalry kami yang sengit suatu ketika dahulu kini menjadi sebuah rivalry yang friendly.

Setakat ini, kami melangkah ke tahun 2011 dengan tiga event:

  • Pertandingan Nazam Maulidur Rasul Peringkat Negeri Melaka 2011
  • Festival Nasyid Sekolah-Sekolah KPM Peringkat Negeri Melaka (bersempena Karnival Pendidikan Melaka) 2011
  • Pertandingan Nasyid Karnival Pendidikan Pencegahan Dadah 2011
Buat pertandingan nazam, Alhamdulillah, kami memperoleh Naib Johan, di belakang kumpulan dari SMKA Sharifah Rodziah. Pertandingan tersebut diadakan sempena sambutan Maal Hijrah di Masjid Al-Azim, iaitu masjid negeri Melaka.

Sementara itu, buat Festival Nasyid pula, Alhamdulillah, kami telah menjadi Johan dan bakal mewakili Melaka ke peringkat kebangsaan yang akan diadakan di SMKA Maahad Muar pada 4-7 Julai 2011. Ini tahun ke-3 berturut-turut kami menjadi johan event ini (namun tahun lepas kami tidak ke kebangsaan kerana peringkat kebangsaan tidak dianjurkan, walaupun kami pernah tersilap mengumumkan perkara tersebut).

Petikan berita dari Youtuber nasyid sekolah ferdowzruqman tentang kejayaan kami:

5 MEI 2011 - FESTIVAL NASYID SEKOLAH PERINGKAT NEGERI MELAKA 2011


Sekarang jam 10.45pm, result pertandingan baru diumumkan beberapa minit yang lalu. Sebentar tadi, bermula 8.00pm, telah diadakan Festival Nasyid Sekolah Peringkat Negeri bersempena Karnival Pendidikan Melaka bertempat di MITC Melaka.


JOHAN - Soutul Azim (SMKA Sultan Muhammad)
NAIB JOHAN - Wardatuddiniah (SMKA Sharifah Rodziah)
KETIGA - Masyi (SMA Assyakirin, Selandar)


Tahniah diucapkan buat Soutul Azim. Mereka akan mewakili Melaka ke peringkat kebangsaan yang akan diadakan di SMKA Maahad Muar pada 4-7 Julai 2011.


Penghargaan buat rakan youtuber 'Shrxme' kerana turun padang menyaksikan dan meraikan pertandingan di samping memberikan maklumat keputusan pertandingan.

 Terakhir sekali, kami sekarang sedang bersiap-sedia untuk menghadapi pertandingan yang ketiga - Nasyid Antidadah Peringkat Negeri, yang akan diadakan pada 14 Mei 2011 di Melaka Mall. Kami telah bertanding pada peringkat daerah dan mendapat Naib Johan, sekali lagi di belakang kumpulan dari SMKA Sharifah Rodziah. InsyaAllah, kami akan berusaha sebaik mungkin untuk mendapatkan hasil yang terbaik 14 Mei ini. Doakan kami.

Sekali lagi, petikan berita dari channel Youtube ferdowzruqman:

30 APRIL 2011 - Pertandingan Nasyid Antidadah Peringkat Daerah Melaka Tengah


Pertandingan diadakan di tingkat bawah Melaka Mall, disertai oleh (kalau tidak silap) 17 kumpulan.


JOHAN - Wardatuddiniah (SMKA Sharifah Rodziah)
NAIB JOHAN - Soutul Azim (SMKA Sultan Muhammad)
KETIGA - Nahwan Nida' (SMK Munshi Abdullah)


Johan dan Naib Johan setiap daerah akan layak ke peringkat negeri pada 14 Mei 2011, di venue yang sama.

Sekian buat kali ini. Wassalam alaykum wa rahmatullah.

Saturday, February 5, 2011

Perkembangan Terbaru

Salam alaykum wa rahmatullah

Alhamdulillah, setelah setahun menyepi, kini peluang untuk kami beraksi kembali. Tahun ini Festival Nasyid dijangkakan akan berjalan seperti biasa bawah anjuran Kementerian Pelajaran. Kami mengharapkan untuk melangkah gemilang lagi buat tahun ini, Amin.

Terbaru, InsyaAllah kami akan beraksi untuk Pertandingan nazam peringkat Negeri tidak lama lagi


Perkara: Pertandingan Nazam Maulidur Rasul Peringkat Negeri Melaka 2011
Tarikh: 12 Februari 2011
Masa: 8:00pm - 10:00pm
Tempat: Tapak Ekspo, Masjid Al-Azim

Diharapkan sudilah beramai-ramai datang ke event ini.

Sebelum kami akhiri, maaf kami pohonkan atas maklumat yang salah tahun lalu. Kami menyatakan bahawa Festival Nasyid akan tetap diadakan, namun nyata sekali maklumat tersebut tidak lebih daripada sebuah khabar angin. Sememangnya Festival Nasyid Peringkat Kebangsaan tidak dijalankan langsung kerana kekurangan peruntukan pada peringkat Kementerian.

Akhir kalam, moga Soutul Azim terus mengorak langkah dalam persada seni dakwah. Insya Allah.

Sekian, wassalam.

Wednesday, June 2, 2010

Festival Nasyid Kebangsaan ada tahun ini

Festival Nasyid Kebangsaan ada tahun ini. Akan diadakan di Johor Bahru. Kami berbesar hati dapat mewakili Melaka buat kali kedua untuk acara peringkat kebangsaan ini. Doakan yang terbaik buat kami.

 

CIMG1606  Gambar hiasan - Barisan hakim Festival Nasyid Kebangsaan tahun 2009. Gambar credits kepada abuhazieq.blogspot.com

Saturday, March 27, 2010

Himpunan Video Festival Nasyid Sekolah Melaka 2010

 

SOUTUL AZIM

 

 

WARDATUDDINIAH

 

 

 

MASYI