Blog kami kini sudah hampir kepada status 'tidak aktif'. Kami kini lebih kerap berinteraksi di laman Facebook. Sekiranya dahulu kami bergerak sendirian, kini kami berpindah ke laman Facebook seperti yang disebutkan tadi, yang merupakan laman yang dikongsi bersama dengan kumpulan Wardatuddiniah dari SMKA Sharifah Rodziah. Secaranya ringkasannya, laman tersebut boleh disifatkan sebagai sebuah komuniti peminat nasyid Soutul Azim dan Wardatuddiniah yang merupakan dua kumpulan ternama bagi nasyid sekolah di Melaka; secara langsungnya, rivalry kami yang sengit suatu ketika dahulu kini menjadi sebuah rivalry yang friendly.
Setakat ini, kami melangkah ke tahun 2011 dengan tiga event:
- Pertandingan Nazam Maulidur Rasul Peringkat Negeri Melaka 2011
- Festival Nasyid Sekolah-Sekolah KPM Peringkat Negeri Melaka (bersempena Karnival Pendidikan Melaka) 2011
- Pertandingan Nasyid Karnival Pendidikan Pencegahan Dadah 2011
Sementara itu, buat Festival Nasyid pula, Alhamdulillah, kami telah menjadi Johan dan bakal mewakili Melaka ke peringkat kebangsaan yang akan diadakan di SMKA Maahad Muar pada 4-7 Julai 2011. Ini tahun ke-3 berturut-turut kami menjadi johan event ini (namun tahun lepas kami tidak ke kebangsaan kerana peringkat kebangsaan tidak dianjurkan, walaupun kami pernah tersilap mengumumkan perkara tersebut).
Petikan berita dari Youtuber nasyid sekolah ferdowzruqman tentang kejayaan kami:
5 MEI 2011 - FESTIVAL NASYID SEKOLAH PERINGKAT NEGERI MELAKA 2011
Sekarang jam 10.45pm, result pertandingan baru diumumkan beberapa minit yang lalu. Sebentar tadi, bermula 8.00pm, telah diadakan Festival Nasyid Sekolah Peringkat Negeri bersempena Karnival Pendidikan Melaka bertempat di MITC Melaka.
JOHAN - Soutul Azim (SMKA Sultan Muhammad)
NAIB JOHAN - Wardatuddiniah (SMKA Sharifah Rodziah)
KETIGA - Masyi (SMA Assyakirin, Selandar)
Tahniah diucapkan buat Soutul Azim. Mereka akan mewakili Melaka ke peringkat kebangsaan yang akan diadakan di SMKA Maahad Muar pada 4-7 Julai 2011.
Penghargaan buat rakan youtuber 'Shrxme' kerana turun padang menyaksikan dan meraikan pertandingan di samping memberikan maklumat keputusan pertandingan.
Terakhir sekali, kami sekarang sedang bersiap-sedia untuk menghadapi pertandingan yang ketiga - Nasyid Antidadah Peringkat Negeri, yang akan diadakan pada 14 Mei 2011 di Melaka Mall. Kami telah bertanding pada peringkat daerah dan mendapat Naib Johan, sekali lagi di belakang kumpulan dari SMKA Sharifah Rodziah. InsyaAllah, kami akan berusaha sebaik mungkin untuk mendapatkan hasil yang terbaik 14 Mei ini. Doakan kami.
Sekali lagi, petikan berita dari channel Youtube ferdowzruqman:
30 APRIL 2011 - Pertandingan Nasyid Antidadah Peringkat Daerah Melaka Tengah
Pertandingan diadakan di tingkat bawah Melaka Mall, disertai oleh (kalau tidak silap) 17 kumpulan.
JOHAN - Wardatuddiniah (SMKA Sharifah Rodziah)
NAIB JOHAN - Soutul Azim (SMKA Sultan Muhammad)
KETIGA - Nahwan Nida' (SMK Munshi Abdullah)
Johan dan Naib Johan setiap daerah akan layak ke peringkat negeri pada 14 Mei 2011, di venue yang sama.
Sekian buat kali ini. Wassalam alaykum wa rahmatullah.
No comments:
Post a Comment