Alhamdulillah,
Tahun baru sudah menjelma,kami baru sahaja selesai menyertai Pertandingan Bintang Nasyid Mukmin Peringkat Negeri Melaka.Walaupun cuma mendapat saguhati,tetapi kami rasa amat berpuas hati.Kami yang sejak dulu lagi telah diajar untuk redha kerana sejarah kami yang bermula dari bawah.Negeri Melaka yang rasanya lebih 5 tahun didominasi oleh Kumpulan Nasyid Wardatuddinniah iaitu musuh tradisi kami ketika dipentas dan rakan seperjuangan kami didalam Alumni Soutuddiniah.
Wardatuddinniah pada tahun 2012 ini nampak gayanya telah menunjukkan taring mereka kerana memenangi Pertandingan Bintang Nasyid Mukmin Peringkat Negeri Melaka kelmarin.Jadi,kami akan mempertingkatkan lagi usaha kami untuk menjadi pesaing terhebat mereka.Bukan mudah untuk kami menjadi seperti batch tahun lepas,tetapi seperti kata guru kami "Fikri Aziz SixThirty".(Tidak Perlu Menjadi Seperti Kumpulan Lain,Tetapi Jadilah Sepertimana Yang Kami Mahu)
Tahun ini rasanya akan menjadi tahun yang sukar bagi kami kerana kami akan bermula dari bawah kembali.Tetapi dengan bantuan guru-guru kami.Insyaallah,kami mampu.Kami akan melangkah sepertimana Tentera Badar melangkah dalam peperangan psychology itu.
Insyaallah,Doakan kami semua.Soutul Azim 2012 akan menggegarkan pentas nasyid Melaka dan seterusnya Kebangsaan.Amin.
No comments:
Post a Comment