Saturday, February 5, 2011

Perkembangan Terbaru

Salam alaykum wa rahmatullah

Alhamdulillah, setelah setahun menyepi, kini peluang untuk kami beraksi kembali. Tahun ini Festival Nasyid dijangkakan akan berjalan seperti biasa bawah anjuran Kementerian Pelajaran. Kami mengharapkan untuk melangkah gemilang lagi buat tahun ini, Amin.

Terbaru, InsyaAllah kami akan beraksi untuk Pertandingan nazam peringkat Negeri tidak lama lagi


Perkara: Pertandingan Nazam Maulidur Rasul Peringkat Negeri Melaka 2011
Tarikh: 12 Februari 2011
Masa: 8:00pm - 10:00pm
Tempat: Tapak Ekspo, Masjid Al-Azim

Diharapkan sudilah beramai-ramai datang ke event ini.

Sebelum kami akhiri, maaf kami pohonkan atas maklumat yang salah tahun lalu. Kami menyatakan bahawa Festival Nasyid akan tetap diadakan, namun nyata sekali maklumat tersebut tidak lebih daripada sebuah khabar angin. Sememangnya Festival Nasyid Peringkat Kebangsaan tidak dijalankan langsung kerana kekurangan peruntukan pada peringkat Kementerian.

Akhir kalam, moga Soutul Azim terus mengorak langkah dalam persada seni dakwah. Insya Allah.

Sekian, wassalam.

No comments: