5 MAC 2010 – Malam ini telah berlangsung Festival Nasyid Sekolah Peringkat Negeri Melaka bersempena Karnival Pendidikan Negeri Melaka, bertempat di MITC Ayer Keroh. Buat pertama kali, kondisi pertandingan nasyid sekolah di Negeri Melaka ini amat memuaskan. Venue pertandingan, sistem PA yang baik dan barisan hakim yang berkredibiliti dan ramai (seramai 7 orang) merupakan satu anjakan yang amat dialu2kan dalam penganjuran pertandingan nasyid di Melaka, malah mengagumkan memandangkan tahun ini peruntukan untuk pertandingan ini ‘dikurangkan’ pada peringkat nasional.
Alhamdulillah, buat tahun kedua berturut2, Soutul Azim telah berjaya menjadi johan untuk pertandingan ini.
JOHAN - Soutul Azim (SMKA Sultan Muhammad)
NAIB JOHAN - Wardatuddiniah (SMKA Sharifah Rodziah)
KETIGA - Masyi (SMA Assyakirin, Selandar)
Kedapatan khabar yang mengatakan Festival Nasyid Peringkat Kebangsaan akan tetap dianjurkan pada tahun ini di Johor. Sekiranya dianjurkan, maka Soutul Azim akan mewakili ke peringkat kebangsaan nanti. Insya Allah.
Tahniah buat Soutul Azim.
No comments:
Post a Comment